Saya tidak bermaksud untuk merosakkan mood rakyat umumnya dan para pejuang khasnya apabila membawa risalah dan iktibar dari Hunain buat tatapan umum . Sebaliknya apa yang saya maksudkan ialah agar kita dapat pertahankan kemenangan serta prestasi cemerlang yang telah dicapai sebelum ini dan suatu yang lebih penting daripada itu ialah untuk memastikan perjuangan kita berada di atas landasannya yang benar .
Menang atau kalah itu adalah persoalan yang kedua . Adapun perkara yang lebih utama ialah keaslian dan ketulenan manhaj perjuangan kita mesti dipertahankan . Kita mahu menang dengan kebenaran manhaj Islam yang kita perjuangkan dan kita rela kalah , asal sahaja manhaj perjuangan Islam yang benar ini tidak digadai .
Hari ini , rata - rata saya lihat mood rakyat untuk menolak BN semakin ketara dan kian jelas lagi berani . Isi hati mereka mula disuarakan walau di hadapan khalayak ramai setelah lama dibiarkan membungkam sebak di dada . Jika dulu mungkin ada rakyat malu silu dan takut segan untuk memprotes atau mengkritik kerajaan UMNO dan BN jua para pemimpinnya yang jelas melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa .
Lebih hebat saya saksikan keyakinan dan kesungguhan para aktivis PAKATAN untuk menjatuhkan BARISAN terutama setelah tercetusnya tragedi penubuhan kerajaan Haram UMNO dan BN di negeri Perak .
Tentu sahaja tiada taranya iman dan jihad yang dipamerkan oleh ahli - ahli PAS dalam usaha mereka membawa Islam ke tengah masyarakat . Sekali gus memacu dan memimpin kebangkitan rakyat menolak kepimpimpinan dan kerajaan UMNO dan BN , setelah mereka gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang tunduk dan akur kepada Allah swt selama mereka diberi peluang oleh Allah swt memerintah negara dan diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin .
Namun begitu , semangat sahaja tidak memadai . Mood juga belum cukup . Jumlah dan sokongan ramai pun belum pasti . Kemudahan dan pengaruh yang kita miliki masih tidak menjamin kemenangan . Kerana kita perlukan Allah swt .
Friday, 13 February 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment