Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah Wan-Nihayah bahawa al-Baihaqiy menceritaan dari Abu Mansur Ahmad bin Ali al-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq, dlm sebuah kisah yang disampaikan dari Umar r.a bahwa rasululLah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat lalu tiba-tiba datanglah seorang Arab badwi dari keturunan bani Sulaim ke hadapan rasululLah.Beliau membawa bersamanya seekor biawak (dob) padang pasir yang ditangkapnya.Beliau bercadang untuk membakar haiwan itu untuk menjadi makanannya.Sebaik sahaja melihat orang ramai yang berjalan di kawasan itu beliau tertarik untuk mendekati mereka, lantas bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi itu.Apabila mendapat penjelasan daripada sebahagian sahabat yang hadir bahawa mereka sedang mengiringi Nabi maka dia terus mencari laluan mendekati Nabi lantas segera berkata : Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad ! kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggmebirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya ! Umar al-Khattab yang meriwayatkan ksah ini menjadi marah dengan sikapnya lalu beliau bangkit dan berkata : Wahai Nabi ! Biarlah saya mengkhiri hidupnya ! Nabi telah menjawab permintaan Umar dengan tenangnya : Wahai Umar ! Tidakkah engkau tahu bahwa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi ! Nabi kemudiannya telah berkata kepada Arab badwi itu : apa yang menyebabkan engkau mengatakan demikian kepadaku ? Engkau sepatutnya menghormati aku dalam perhimpunan bersama para sahabatku ! Arab badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya menghina Nabi dengan berkata : Demi tuhan lata dan Uzza ! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu , katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi sa.w.RasululLah s.a.w telah memanggil biawak itu dan kedengaran suaranya menjawab panggilan Nabi dnegan bahasa Arab yang fasih difahami oleh semua yang hadir : ya wahai Nabi s.a.w ! nabi bertanya kepada biawak itu : Kepada sapakah engkau beriman ? Jawab biawak itu : Saya beriman kepada Tuhan yang diangit itu arasyNya, di bumi itulah kekuasaanNya, dan di lautan itulah jalanNya, dan di syurga itu rahmatNya, dan dalam neraka itu azabNya ! tanya nabi lagi : Aku ini siapa wahai biawak ? jawab biawak itu : Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam ! Amatlah beruntung orang yang menyokong dan memperjuangkan Tuan , dan binasalah orang yang mendustakan Tuan ! Mendengar kata-kata biawak yang sangat lancar itu, Arab badwi itu lantas mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir lalu berkata : Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan baoaku, diriku sendiri , engkau amat kukasihi zahirku dan batinku, dan aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi adalah pesuruhNya.
Teman,..
Allah Taala jadikan kita cukup sempurna tak kira orang itu buta, pekak, cacat, kudung dan sebagainya.. yang menilai seseorang itu ada kekurangan hanyalah kita yang bernama manusia, yang cetek akal,lemah fikiran, miskin ilmu ini..Tetapi sebenarnya Allah jadikan keadaan setiap hamba-Nya itu cukup sempurna. Hikmah disebaliknya kita tidak akan terjangkau dengan keadaan kita yang hanya digelar makhluk yang dicipta..Sesungguhnya Pencipta kita itu tak akan pernah zalim dan tidak adil..Yang zalim hanyalah kita yang bernama manusia..
Teman,..
Allah Taala jadikan kita cukup sempurna tak kira orang itu buta, pekak, cacat, kudung dan sebagainya.. yang menilai seseorang itu ada kekurangan hanyalah kita yang bernama manusia, yang cetek akal,lemah fikiran, miskin ilmu ini..Tetapi sebenarnya Allah jadikan keadaan setiap hamba-Nya itu cukup sempurna. Hikmah disebaliknya kita tidak akan terjangkau dengan keadaan kita yang hanya digelar makhluk yang dicipta..Sesungguhnya Pencipta kita itu tak akan pernah zalim dan tidak adil..Yang zalim hanyalah kita yang bernama manusia..
No comments:
Post a Comment