Hari ni genap umurku 24 tahun..pejam celik dah dewasa rupanya aku..rasa mcm semalam aku dibuai bonda diatas buaian yang beralas kain batik bonda..masih terngiang-ngiang zikir bonda semasa membuai tika menidurkanku sambil ku menatap wajahnya yang kelihatan sedikit di makan usia,namun bonda tetap upaya menjagaku..masih terasa keenakan air milo bercampur roti yang menjadi kegemaranku tika tu..hari ni semua tu dah pn berlalu..bonda pn dah pergi tinggal aku pada 15 oktober 2008 yg lalu..
Bonda,
sejauh manapun bonda pergi, doa dari anakmu ni sentiasa akan dihantar setiap waktu..susah payah pengorbanan bonda melahirkan anakda semata-mata untuk memberi peluang pd anakda berada di dunia ni, membelai tika anakda berdukacita, memujuk supaya anakda makan, dan sebagainya,,anakda akan balas dengan mendoakan kesejahteraan bonda disana..anakda sedih sbb tk dapat penuhi hajat bonda nk tgk menantu:) bonda cakap,"nnt bonda balik dari hospital bonda nak kawinkan anakda". tapi Allah lebih sayang bonda, bonda dipanggil mengadap-Nya terlebih dulu..InsyaAllah anakda akan kawin seseorang yang mnjadi idaman bonda dulu, yang ada agama, pndi jaga bonda bila bnda dah tua, hormat org tua, lemah lembut, dan pandai jaga hati anakda..
InsyaAllah..setiap hari klu anakda ada peluang anakda akan ziarah bonda di makam, anakda akan bacakan yaasin agar bonda selesa di sana..
Ya Allah..
Tempatkan bonda bersama-sama dengan hamba-hamba-Mu yang beriman dan mendapat Rahmat-Mu..
Ya Allah..
Dah 24 tahun Engkau bg aku peluang hidup..namun aku masih belum dapat jadi insan yang dicintai-Mu..Ya Allah..aku cuba, aku usaha, aku tekad dengan hati ini akan berterusan mencari Rahmat dan kasih sayang-Mu..aku mohon dengan nikmat usia yang engkau berikan ini dapat aku manfaatkan dengan melakukan amal soleh, dan beramal dengan wahyu-Mu iaitu al-quran dan sunnah Rasul-Mu Muhammad SAW..
Berikanku kekuatan ya Allah..
No comments:
Post a Comment