Wednesday, 18 February 2009

10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat

Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untukbertemu Allah...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui OlehManusia Dari Dunia Sampai Akhirat:
Bagaimana memudahkannya?
LALUAN MENUJU KE KUBUR. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji. Hindarkan perasaan irihati (benci). Jangan terpengaruh dengan harta dunia. Sucikan qadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang airkecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL. Bersihkan diri dengan bertaubat. Gembirakan hati orang Mu'min. Bayar semula qadha' (solat & puasa) yang tertinggal. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR. Mengucap dua kalimah syahadat. Suka memberi sedekah. Berkata benar. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat. Sucikan perkataan dan pakaian. Bersyukur dengan yang sedikit. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN. Jauhkan perkataan yang sia-sia. Pendekkan cita-cita dunia. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala. Berbaktilah kepada kedua ibubapa. Berpegang teguh dengan hukum syara'. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk.

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA. Banyakkan membaca al-Quran. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu. Tinggalkan perkara yang maksiat. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh. Kasihi orang yang soleh. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD. Kasihilah Nabi ALLAH. Kasihilah Rasulullah. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAHd. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH. Bencikan segala yang diharamkan-Nya.

Saturday, 14 February 2009

Kawin Cerai bkn suka-suka

Salah satu wasiat Rasulullah SAW dalam khutbah wida' di padang Arafah ialah berbuat baik dalam mengawasi dan memelihara kaum wanita. Saranan yang diberikan ini ialah untuk kaum lelaki sebagai suami yang menjadi penjaga kepada wanita-wanita di dalam sebuah rumahtangga.

Baginda selanjutnya bersabda:
"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadapp keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adlah ornag yang mulia. Dan ornag yang menghina kaum wanita adalah ornag yang tidak tahu budi." (Riwayat abu 'Asakir)

Bagaimana lagi caranya untuk berbuat baik kepada anak isteri? Hakim Ibnu Muawiyah, dari bapanya r.a berkata: Aku bertanya:

"wahai Rasulullah, apakah kewajiapan dari kami kepada seorang isteri?" Baginda menjawab; " engkau memberinya makan jika engkau makan, engkau memberinya pakaian jika engkau berpakaian, janagan memukul wajahnya, jangan menjelek-jelekkan, dan jangan menemani tidur (ketika mendidik agar tidak nusyuz) kecuali di dalam rumah." (Riwayat Ahmad, abu Daud, Nasa'i, dan Ibnu Majah)

Juga dikatakan berbuat baik kepada anak isteri itu ialah dengan memperlakukan mereka dengan lemah lembut dan lunak. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, jangan ia menyakiti tetangganya, dan hendaklah engkau sekalian melaksanakanwasiatku untuk berbuat baik kepada para wanita. Sebab mereka itu diciptakan daripada tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas. Jika engkau meluruskannya beerti engkau mematahkannya, dan jika engkau membiarkannya ia tetap akan bengkok. Maka hendaklah kalian melaksanakan wasiatku untuk berbuat baik kepada wanita." ( Riwayat Bukhari)

Termasuk di dalam ertikata berbuat kepada isteri dan anak-anak itu ialah dengan mencukupkan nafkah kepada mereka. Malahan nilai memberi nafkah kepada isteri dan anak itu sebenarnya adalah lebih utama daripada menyumbangkan harta demi memperjuangkan Islam. Sabda Rasulullah SAW :

" Satu dinar yang engkau belanjakan untuk di jalan Allah dan satu dianar yang engkau belanjakan untuk isterimu, yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu..." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sedara kaum muslimin sekalian..
Berbuat baiklah kepada anak isteri kita, jangan sampai kita tergolong dikalangan mereka yang dayus, membiarkan anak isteri melakukan kemaksiatan tanpa halangan dan nasihat yang baik untuk membetulkan. Firman Allah SWT:
" wahai orang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka".
(At-Tahrim:6)

Sedara..
Marilah kita memperkuatkan diri kita dengan segala macam ilmu agar ianya dapat digunakan dalam menelusuri selok belok kehidupan dunia yang sudah pasti sementara ini. Dengan ilmu lah, kebahagiaan itu akan terbit..Jagalah anak isteri sebaiknya, mereka adalah amanah Allah yang besar nilaiannya jika kita bijak mengorak..

Friday, 13 February 2009

RISALAH DAN IKTIBAR DARI HUNAIN

Saya tidak bermaksud untuk merosakkan mood rakyat umumnya dan para pejuang khasnya apabila membawa risalah dan iktibar dari Hunain buat tatapan umum . Sebaliknya apa yang saya maksudkan ialah agar kita dapat pertahankan kemenangan serta prestasi cemerlang yang telah dicapai sebelum ini dan suatu yang lebih penting daripada itu ialah untuk memastikan perjuangan kita berada di atas landasannya yang benar .
Menang atau kalah itu adalah persoalan yang kedua . Adapun perkara yang lebih utama ialah keaslian dan ketulenan manhaj perjuangan kita mesti dipertahankan . Kita mahu menang dengan kebenaran manhaj Islam yang kita perjuangkan dan kita rela kalah , asal sahaja manhaj perjuangan Islam yang benar ini tidak digadai .
Hari ini , rata - rata saya lihat mood rakyat untuk menolak BN semakin ketara dan kian jelas lagi berani . Isi hati mereka mula disuarakan walau di hadapan khalayak ramai setelah lama dibiarkan membungkam sebak di dada . Jika dulu mungkin ada rakyat malu silu dan takut segan untuk memprotes atau mengkritik kerajaan UMNO dan BN jua para pemimpinnya yang jelas melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa .
Lebih hebat saya saksikan keyakinan dan kesungguhan para aktivis PAKATAN untuk menjatuhkan BARISAN terutama setelah tercetusnya tragedi penubuhan kerajaan Haram UMNO dan BN di negeri Perak .
Tentu sahaja tiada taranya iman dan jihad yang dipamerkan oleh ahli - ahli PAS dalam usaha mereka membawa Islam ke tengah masyarakat . Sekali gus memacu dan memimpin kebangkitan rakyat menolak kepimpimpinan dan kerajaan UMNO dan BN , setelah mereka gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang tunduk dan akur kepada Allah swt selama mereka diberi peluang oleh Allah swt memerintah negara dan diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin .
Namun begitu , semangat sahaja tidak memadai . Mood juga belum cukup . Jumlah dan sokongan ramai pun belum pasti . Kemudahan dan pengaruh yang kita miliki masih tidak menjamin kemenangan . Kerana kita perlukan Allah swt .

Kala Kau Seorang


Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari Uqbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak menegtahuinya.Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)”
Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat .Dikeluarkan olej al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no 662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh al-Albaniy
Bukhari-Muslim meriwayatkan dari Nu'man bin Basyir bahawa bapanya pernah menghadap Rasulullah bersamanya. Bapanya berkata "Sesungguhnya aku telah memberikan seorang pelayan kepada anakku ini." Rasulullah bertanya "Apakah anakmu yang lain juga kamu berikan hal yang sama?" Bapaku menjawab "Tidak." Rasulullah bersabda "Bertaqwalah kepada Allah dan berbuat adillah kepada anak-anakmu." Tibanya di rumah, bapaku lantas menarik kembali pemberiannya itu. Dalam riwayat lainnya disebutkan Rasulullah bertanya "Wahai Basyir, apakah engkau punya anak yang selain ini?" Dia menjawab "Ya." Baginda bertanya “Apakah semua anakmu yang lain juga engkau berikan hal yang sama?” Dia menjawab “Tidak.” Baginda bersabda “Jika begitu, janganlah engkau menjadikan aku sebagai saksi, sebab aku tidak mahu menjadi saksi atas kezaliman.” Dalam riwayat yang lain disebutkan “Silakan kau persaksikan hal ini kepada orang selainku saja!” Di akhir sabdanya baginda berkata “Apakah engkau senang jika semua anakmu itu sama dalam berbuat baik kepadamu?” Dia menjawab “Tentu senang.” Baginda bersabda “Mengapa engkau tidak berbuat adil terhadap mereka?”
(Dipetik dari Ringkasan Riyadhush Shalihin)

SOALAN-SOALAN BOCOR




Menurut Abi Barzah ra , Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud : “ Tidak berganjak kaki seseorang hamba sehingga ditanya 4 perkara , umurnya dimana dihabiskan , ilmunya apa yang dibuat dengannya , hartanya dari mana diperolehi dan ke mana dihabiskan , dan jasadnya , bagaimana digunakan . ( kata al-Tirmiziy ia adalah hasan sahih )Manusia tidak dicipta secara sia-sia . Allah swt berfirman dalam surah al-Qiyamat ayat 36 yang bermaksud : “Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?”.Nikmat kurniaan Allah terlalu banyak , dan nikmat yang dianugerahkan ini perlu disyukuri . Dalam kenyataan Nabi ini , diingatkan kita kepada nikmat yang besar sahaja iaitu ; umur , ilmu , harta dan kesihatan . Semua aktiviti yang dilakukan manusia sebenarnya terbatas dalam keempat perkara ini .Sebagai contoh , waktu hayat yang diberikan Allah merupakan waktu untuk membolehkan kita beramal dan bekerja demi kepentingan kita di dunia dan akhirat . Gesaan yang terdapat dalam al-Quran tentang peri pentingnya mengisi masa dengan sebaik mungkin terlalu nyata . Hakikat ini dapat dirasakan apabila kita menyelak ayat-ayat yang menyentuh persoalan waktu . Alangkah bahagianya insan yang merasai perselisihan waktu yang berlaku dalam hidup sehingga menyedarkannya terhadap peri pentingnya ‘ times management’ . Kesedaran terhadap perubahan musim dan suasana boleh menjana kesedaran ke arah produktiviti yang mesti dipertingkatkan . Sepasang suami isteri tentunya menyedari pertambahan usia memestikan pertambahan dari sudut komitmen yang wajar dipertingkatkan . Anak-anak yang merasai perubahan umur menyebabkannya menjadi lebih bersedia untuk masa depan yang belum pasti . Pekerja yang berkhidmat dengan majikannya akan merasai keperluan membaiki mutu kerjanya dengan bertambahnya seniority di tempat kerja .Perkara kedua yang disentuh oleh hadith yang mulia ini ialah ilmu . Masa merupakan kehidupan seperti yang dijelaskan oleh banyak intisari ayat-ayat al-Quran. Ilmu pula merupakan unsur kehidupan yang paling penting . Ayat-ayat Quran meletakkan kemuliaan manusia yang menyebabkan malaikat perlu sujud kepadanya ialah disebabkan anugerah ilmu yang diberikan kepadanya . Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 30-31 yang bermaksud : “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".Demikian pula Allah menyatakan dalam surah al-Rahman ayat 3 yang bermaksud : “Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.” . Dengan ilmulah menyebabkan manusia terselamat dari belenggu kesesatan dan kerugian di dunia dan akhirat . Al-Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitab tasawwufnya yang hebat bahawa hati boleh mati jika tidak mendatangi majlis ilmu melebihi 40 hari .Para pendidik perlulah berusaha menyampaikan ilmu yang merupakan amanah Allah secara dedikasi . Ibu bapa berperanan mengajak anak-anak ke pusat-pusat pendidikan sebagai usaha menyelamatkan generasi itu dari menjadi ketinggalan . Suami hendaklah berusaha memberikan isteri peluang mencari ilmu terutamanya yang bersifat fardhu ain . Galakan dan motivasi perlu diberikan dari masa ke masa .Perkara ketiga yang disebut dalam hadith ini ialah kepentingan mengawasi harta yang dicari . Harta mestilah dicari dari sumber-sumber yang halal , bukannya diperolehi secara zalim dan menganiaya orang lain . Pemerolehan harta dari sumber yang haram yang menjadi darah daging akan menyebabkan doa ditolak seperti yang dinyatakan dalam hadith sahih . Memakan harta yang haram menyebabkan hubungan antara manusia menjadi porak pranda . Selain itu hati yang berlaku demikian juga akan mewarisi sifat angkuh , keras hati dan menzalimi yang empunya hak .Selain dari sumber yang akan dipersoalkan di hadapan mahkamah Allah , hamba juga akan disoal kemanakah harta tersebut dibelanjakan . Penilaian yang paling tinggi disisiNya ialah perbelanjaan untuk jalanNya . Ganjaran yang hebat juga diperuntukkan buat nafkah kepada kaum keluarga . Nabi saw bersabda yang bermaksud : “ dan tidaklah ada keberkatan terhadap rezki yang diperolehi secara haram yang dibelanjakan , dan tidak pula diterima sadaqah dari sumber yang haram dan apa yang ditinggalkan untuk warisnya akan menyebabkan menjadi bekalannya ke neraka, dan tidaklah boleh digunakan untuk menghapuskan dosa dengannya”.Pesanan terakhir dari hadith ini ialah nikmat kesihatan yang digambarkan menerusi tubuh badan . Pertolongan yang diberikan kepada seorang kawan untuk menaikkan bebanan ke kenderaannya sudahpun dikira di sisi Allah sebagai sedeqah . Pertolongan kepada orang cacat penglihatan juga dikira sedeqah . Demikan juga perkara-perkara lain yang dilakukan dengan anugerah tubuh yang sihat kurniaanNya mestilah digunakan sepenuhnya untuk perkara ketaatan . Rahmat Allah kepada hambaNya menyebabkan hamba yang tidak mampu berpuasa dibolehkan berbuka untuk kesihatan. Demikian juga orang yang bermusafir dibolehkan berbuka untuk membolehkannya menjaga kesihatannya . Di situlah tersembunyi rahsia mengapa Islam mengaharamkan sebarang perkara yang boleh memudaratkan kesihatan .