Tuesday 13 July 2010

Jiwa Yang Sentiasa Ingat Kematian

Manusia dikurniakan oleh Allah SWT akal, hati dan jiwa.. Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sentiasa mengingati mati. Mati adalah penghapus segala nikmat dunia. Nikmat dunia hanya dirasakan manisnya hanya sekejap saja. Jadi tak perlulah kita berkorban untuk menikmati nikmat dunia yang sekejap itu. Marilah kita kejarkan nikmat yang akan dinikmati selamanya iaitu nikmat kesenangan di akhirat sana. Nak dapat nikmat kesenangan di akhirat bukan mudah. Jom kita belek2 diri kita, iman kita di tahap mana. Andai sekejap lagi Allah cabut nyawa kita, dimanakan kita? Syurga atau neraka? Allah bantulah kami ya Allah..kami lemah, kami hina, kami banyak dosa..ampunkanlah kami.

Teman.. mati akan memisahkan kita daripada segala nikmat, menjauhkan kita daripada teman2, melenyapkan kita daripada rumah besar, menyepikan kita daripada keriuhan rumah bahagia, meninggalkan kita daripada motosikal besar, kereta mewah dan sebagainya. Allah, bantulah saya dan teman2 saya dalam menempuh dunia ini..kami selalu lupa Engkau melihat kami, kami selalu lalai Engkau mendengar perbualan kami..Kami malu ya Allah, ampunkanlah kami..

Teman.. Nabi Nuh AS adalah seorang nabi yang panjang umurnya, 9 ratus tahun lebih..Ketika malaikat maut datang menemuinya untuk mencabut nyawa, malaikat bertanya, " apa pendapat kamu tentang umurmu ynag panjang itu?, jawab nabi Nuh AS, " umur dunia aku ni ibarat sepeti sebuah rumah yang ada dua pintu, aku masuk pintu ini dan keluar pintu itu''. itulah yang dikatakan oleh nabi Nuh walupan baginda adalah nabi yang paling panjang umurnya. Nak bagitau pada kita betapa sekejapnya kehidupan didunia ini. Teman, kita tktau berapa umur kita didunia ni, 20 tahun?25 ahun?30 tahun?50 tahun? malaikat maut sentiasa memerhatikan kita..ntah bila nyawa kita akan dicabut.. mudah2an bukan disaat kita membaca tulisan ini nyawa kita dicabut, agar sempat kita membanyakkan ibdah kita kepada Allah dan sempat memohon keampunan kepada Allah di atas dosa2 yang telah kita lakukan sam ada dengan sengaja atau tdak sengaja..

Teman.. Allah amat penyayang, Dia sentiasa mengampunkan segala dosa kita, dari sekecil2nya, sehinggalah sebesar2nya.. Cuma kita saja yang tak mhon keampunan pada Dia..Ucaplah teman walaupun satu jam 1 zikir subhanallah, itu lebih baik daripada berjam2 kita berbual kosong.. Allah..tolonglah kami, agar dapat kami sentiasa mengingatimu..Cinta allah..cinta Rsulullah

No comments:

Post a Comment