Istikhorah maksudnya meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan.Istikhorah merupakan senjata orang yang beriman dalam menghadapi urusan agar dapat membuat pilihan yang tepat yang melibatkan pemilihan bakal pasangan , rumah kenderaan , kerja dan sebagainya.Doa ini biasanya diamalkan selepas solat sunat istikhorah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa . Kaifiat solat sunat istikhorah ini ialah dengan membaca sebarang surah selepas al-Fatihah , kerana tiada sebarang dalil yang menetapkan bacaan surah tertentu . Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan seseorang yang bersolat sunat ini akan memperolehi petanda tertentu melalui mimpi atau sebagainya . Namun begitu jika berlaku petunjuk seperti itu , ia merupakan nikmat Allah .
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT ISTIKHORAH
اللَّـهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ ولا أَقْدِرُ ، وَتَعْلَمُ ولا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ . اللَّـهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ......خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي ، وَ يَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ،وَ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ .
Maksudnya : “Ya Allah , Sesungguhnya aku memohon petunjukMu untuk membuat pilihan yang tepat dengan ilmuMu dan aku memohon kekuatn kepadaMu ( untuk mendapat penyelesaian ) dengan kekuasaanMu , aku memohon dari anugerahMu yang maha agung , sesungguhnya Engkau maha berkuasa , sedangkan aku tidak , Engkau maha mengetahui sedangkan aku tidak , dan Engkau maha mengetahui perkara yang ghaib . Ya Allah , apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini ………( disebutkan hajatnya ) baik untukku dalam urusan agamaku , hidupku dan kesudahanku , maka mudahkanlah bagiku dalam urusan itu , kemudian kurniakanlah berkat kepadaku . Akan tetapi bila Engkau mengetahui bahawa persoalan itu lebih bahaya kepadaku dalam agamaku , kehidupanku dan kesudahanku , maka elakkanlah aku daripadanya, kemudian takdirkan bagiku segala perkara yang baik di mana saja an berilah RidhaMu kepadaku”.
Thursday, 11 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment