Tuesday, 27 January 2009

Apakah harus manusia Berjimak Dengan Jin?

AlhamdulilLah dalam rakamn tafsir yg akan ke udara pada 5 Nov 2007 saya adaBawakan pengalaman syilh Muhammad al-Saim ttg seorang pelajar medic di Al-Azhar yg tiba2 berubah angin dari periang kpd menyendiri, suka suasana gelap , suka marah2 termasuk pd ibunya sendiri , lalu bila diubat didapati ada pdnya gangguan jinniyat, yg meminatinya selalu mengajaknya melakukan zina dgnnya. Dia melihat jin betina itu menyerlahkan dirinya dalam sosok tubuh yg amat menggiurkan.Kebanyakan ulamak menolak kemungkinan berlakunya hbgn jenis dgn jin tapi Dr Umar sulayman al-Asyqar mengatakan harus berlakunya jimak itu berdasrkan firman Allah dlm surah al-rahman ayat 74 maksudnya : " Bidadari merupakan golongan yg tak pernah disetubuhi oleh seorang manusia dan jin sebelumnya". Jelas beliau ayat ini menunjukkan bahawa manusia di dunia terdedah kpd gangguan jin samada yg lelaki atau perempuan.Imam Malik dilaporkan tidak berapa menyetujui hakikat ini bimbangkan kelak akan ada manusia terutamanya yg perempuan terlibat melakukan zina kemudian mngatakan dia bersetubuh dan mengandungkan anaknya...Sila rujk kitab Alam al-jan Wa al-Syayatiin oleh Dr Umar Sulayman al-Asyqar

Monday, 26 January 2009

Gerhana..Lambang Kebesaran Allah...



Semalam,26 Jan,Isnin,bermula jam 4.30 - 7.00 ptg..berlaku satu lagi kejadian Agung Yang Maha Esa...Gerhana Matahari Separa..Gerhana ini dapat dilihat di sebahagian besar dunia ini termasuk Malaysia.Firman Allah..Surah Al-An'Am ayat 96 yang bermaksud..."Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."Antara perkara yang disunatkan ketika berlakunya gerhana ini ialah mendirikan Solat Sunat Khusuf 2 rakaat sepertimana yang diajar oleh Baginda.Penulis mengambil kesempatan untuk mendirikannya bersama keluarga di Masjid Wilayah Jalan Duta..Ramai juga tetamu yang hadir.agak tersentuh juga apabila khotib di dalam khutbahnya menyentuh tentang kerdilnya manusia dan Maha Agungnya Allah..Gerhana juga sebagai petanda bumi sedang "sakit".kerana itulah kita disuruh mendirikan solat sunat gerhana,bermunajat kepada Allah supaya peredaran matahari dan bulan berjalan seperti biasa.Juga harus diingat bahawa Gerhana ini juga sebagai peringatan Qiamat semakin hampir..Oleh itu...bersiap sedialah kita dengan bekalan yang secukupnya..agar tidak menyesal nanti...

Saturday, 24 January 2009

Cinta Ilahi

"Kullu nafsin za iqotul maut".. suatu petikan dari sebahagian dari ayat al-quran sudah sudah cukup bagi kita sebagai seorang yang punya aqal & fikiran yang waras untuk memikirkan tentang matlamat hidup di dunia ini,dan inisiatif yang harus dilakukan dalam mencapai "sa'adatud darroin" bahagia dunia akhirat..wallahu a'lam..

Sunday, 11 January 2009

3 soalan

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.
“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”
Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”
Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.
“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.

sedara2..
jadilah kita insan yang sentiasa menjadi hamba yg taat diatas apa sahaja yang telah ditetapkan Allah kepada kita..Tanamkan dalam hati kita rasa CINTA yang mutlak. Jgn ada rasa sangsi diatas pentadbiran Allah yang Maha agung..

Thursday, 1 January 2009

4 macam manusia

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :

1)Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.

2)Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

3)Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.

4)Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.